Cik Pah.

IMG-20181221-WA0010KENAPA RAFIZI HANYA BUAT KAJIAN TERHADAP TUN SEORANG?

“Rating Dr Mahathir jatuh 20%”. – Rafizi

Geli hati saya membaca berita tentang Kajian Provok bekas Ahli Parlimen Pandan merangkap pakar Langkah Kajang yang terbukti fitnah dan dusta ini.

Dulu kajiannya juga menyebut bahawa PAS tidak akan menang walau satu kerusi di dalam PRU14. Takdir Allah ianya tidak begitu. 😊

Antara alasan penurunan 20% yang disebutkan oleh kajian Rafizi itu ialah kerana Kerajaan PH gagal mengotakan janji manifesto.

Hai..takkanlah kerana gagal kota janji, pencapaian Tun sahaja yang menurun? Masa buat manifesto dulu Tun buat sorang-sorang ke?

Dan kenapa Kajian Provok itu hanya mendedahkan penurunan pencapaian Tun sahaja. Kenapa tidak didedahkan pencapaian seluruh Menteri di dalam Pakatan Harapan?

Rafizi sebenarnya cuba mencipta persepi baru terhadap Tun. Tujuannya untuk memburukkan Tun. Juga merupakan langkah menggantikan Anwar sebagai Perdana Menteri sesegera mungkin. Sungguh gelojoh bukan?

BERSATU tak nampak ke PKR sedang “cuit” kerusi Tun yang kalian sayangi itu?
Cik Pah boikot kalam Rafizi
20 Disember 2018
#Justice4dsib
#IslamMemimpin
#MAMPUCentre

Leave a comment